comscore
Tumpuan :
Dunia

Biden enggan hadir pendengaran awam – Jawatankuasa Pemantauan Dewan AS

Foto: Reuters

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menolak permintaan anggota kongres untuk memberi keterangan secara terbuka sebagai sebahagian daripada siasatan pendakwaan yang tertumpu kepada dakwaan aktiviti jenayah oleh keluarganya, kata Jawatankuasa Pemantauan Dewan AS, lapor Sputnik.

“Presiden Joe Biden secara rasmi menolak jemputan kami untuk memberi keterangan secara terbuka mengenai pengetahuan dan pembabitannya dalam skim perniagaan keluarganya,” kata jawatankuasa itu dalam kenyataan yang dikeluarkan di platform X pada Isnin.

“Adalah malang Presiden Biden tidak mahu menjawab soalan di hadapan rakyat Amerika dan enggan menjawab soalan yang sangat mudah yang kami sertakan dalam jemputan itu.”

Anak lelaki Joe Biden, Hunter Biden, mengambil bahagian dalam pendengaran tertutup dengan anggota kongres awal tahun ini tetapi enggan hadir untuk pendengaran awam berikutnya.

Rakyat Amerika berhak mendapat penjelasan daripada Presiden Biden, menurut kenyataan itu. Biden terus berbohong mengenai hubungannya dengan rakan perniagaan anaknya, tambah kenyataan itu.

Anggota kongres sedang menyiasat dakwaan aktiviti jenayah oleh keluarga Biden, termasuk potensi rasuah dan pengaruh asing. Hunter Biden telah menafikan bahawa bapanya mendapat keuntungan atau terlibat dalam aktiviti perniagaannya, termasuk berkhidmat dalam lembaga pengarah syarikat tenaga Ukraine, Burisma. – BERNAMA-SPUTNIK

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini