comscore
Tumpuan :
Dunia

Bot bawa pelarian karam, 19 maut

FOTO: AP

TUNISIA: Sekurang-kurangnya 19 maut apabila bot yang dinaiki pelarian warga Afrika karam di perairan Tunisia dengan 34 lagi masih hilang.

Sepanjang empat hari lalu, lima bot yang membawa migran itu dilaporkan karam dekat bandar Sfax.

FOTO: AP

Kejadian berkenaan menyebabkan 9 maut manakala 67 lagi hilang ekoran bot yang menuju ke Itali itu terlebih muatan.

Pengawal perairan Itali memberitahu telah menyelamatkan lebih 750 pelarian dalam dua operasi berasingan di selatan Itali.

Misi menyelamat itu digerakkan setelah lima dilapor maut dengan 33 lagi hilang dalam cubaan untuk menyeberang dari Tunisia.

Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, lebih 12,000 pelarian dan migran telah memasuki Itali dari Tunisia tahun ini, berbanding hanya 1,300 dalam tempoh yang sama tahun 2022.

Loading...
Terkini