comscore
Tumpuan :
Dunia

Dakwaan dokumen Pentagon bocor adalah palsu.

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat bersetuju dengan penilaian bahawa kebanyakan maklumat yang terkandung dalam dokumen Pentagon yang dikatakan bocor adalah palsu.

“Menerusi perbualan telefon antara menteri pertahanan kedua-dua negara pada pagi ini, kedua-dua pihak berpendapat bahawa banyak maklumat yang didedahkan itu telah direka-reka,” kata Timbalan Prinsipal Penasihat Keselamatan Korea Selatan Kim Tae Hyo.

Beliau berkata demikian sebelum berlepas ke Washington sempena persiapan menjelang lawatan negara Presiden Yoon Suk Yeol ke Amerika Syarikat.

Sempena lawatan itu, Yoon merancang untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Joe Biden di White House pada 26 April.

Baru-baru ini, banyak laporan mengenai Washington didakwa mencuri dengar perbualan pegawai keselamatan Korea Selatan.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Lee Jong Sup yang bercakap dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin bersetuju bahawa kebanyakan maklumat yang didedahkan itu adalah tidak benar.

Sebaliknya beliau menegaskan, pihak berkuasa Amerika Syarikat akan cuba mencari dalang insiden itu yang dijangka mengambil sedikit masa.

Loading...
Terkini