comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Desak penghuni Hospital al-Quds keluar, Zionis bedil kawasan sekitar

 

GAZA: Lebih 12,000 rakyat Palestin yang sedang mencari perlindungan di Hospital al-Quds, selain kira-kira 400 pesakit dan ratusan yang cedera terus diancam.

Terbaharu awal pagi ini Zionis melepaskan beberapa peluru berpandu menggunakan pesawat pejuang di sekitar hospital terbabit dekat kejiranan Tel al-Hawa bagi memaksa penduduk yang mencari perlindungan di situ bergerak ke arah selatan.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) berkata, Israel, semalam mengancam untuk mengebom hospital Al-Quds bagaimanapun lapor media antarabangsa PRCS menegaskan tidak akan sesekali berpindah, malah turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan bagi mencegah pembunuhan beramai-ramai.

Tentera Israel turut dilaporkan mula melakukan serangan darat menggunakan kereta kebal dan memasuki Semenanjung Gaza.

Selepas lebih tiga minggu melakukan pengeboman hebat di Gaza, yang meragut lebih 8,000 nyawa, tentera Israel memulakan peringkat kedua peperangan dengan pencerobohan darat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini