comscore
Tumpuan :
Dunia

Dua penduduk Palestin maut dalam serangan terbaharu rejim Zionis

Foto Reuters

TEBING BARAT : Lagi kekejaman tentera rejim Zionis di Tebing Barat dengan dua penduduk Palestin jadi korban terbaharu serangan pagi tadi

Serbuan tentera rejim di bandar Nablus itu turut mengakibatkan dua lagi penduduk cedera

Media Palinfo yang memetik saksi di lokasi kejadian mendedahkan, tentera rejim menyerbu rumah mangsa dan berlaku pertempuran.

Ketegangan turut menyasikan tiga lagi individu ditahan tentera rejim di lokasi sama

Terdahulu terdapat laporan sekatan jalan raya yang dilakukan tentera rejim di tenggara Nablus selepas melancarkan serbuan di bandar itu

Tentera rejim turut dilaporkan bertindak sesuka hati merampas harta benda penduduk di timur bandar Duma. – PALINFO

Loading...
Terkini