comscore
Tumpuan :
Dunia

€1 juta sahaja…

Keadaan banjir di Itali. – Foto: Reuters

Pengeluar kereta super Itali, Lamborghini akan menderma sebanyak €1 juta sebagai bantuan kepada tabung bagi membantu mangsa banjir di Itali.

Lamborghini dalam satu kenyataan berkata sumbangan itu adalah hasil tindak balas syarikat berkenaan susulan banjir di wilayah Emilia-Romagna, Itali.

Sumbangan akan disalurkan melalui kerjasama pihak berkuasa tempatan bagi membantu komuniti yang terkesan dengan fokus utama bagi memulihkan alam sekitar.

Menurut kenyataan itu lagi, sebagai tanda solidariti, Lamborghini turut membatalkan sambutan ulang tahun ke-60 perlumbaan tahunan Giro dari Rome ke Bologna yang dijadualkan hari ini hingga Ahad.

Minggu lalu, sebuah lagi pengeluar kereta super Itali, Ferrari turut mengumumkan menderma sebanyak €1 juta kepada mangsa banjir di wilayah Emilia-Romagna.

Sekurang-kurangnya 15 orang maut akibat banjir itu.

Sebagai rujukan, €1 juta bersamaan kira-kira RM4.9 juta. – BERNAMA

Loading...
Terkini