comscore
Tumpuan :
Dunia

Enam ditahan bersama wang palsu RM4.6 bilion 

Foto hiasan

ISTANBUL: Pasukan keselamatan Turkiye menahan enam orang dan merampas wang palsu AS$1 bilion (kira-kira RM4.6 bilion) dalam satu serbuan di sebuah daerah di Istanbul.

Enam yang ditahan termasuk seorang warga Ghana dan tiga warga Sweden, kata pejabat gabenor, pada Jumaat.

Pasukan Gendarmerie menjejaki suspek ke ruang simpanan di daerah Kagithane Istanbul, di mana mereka merampas wang palsu AS$100 (kira-kira RM461) yang dimaksudkan untuk dihantar ke negara-negara Afrika, kata pejabat itu.

Rumah suspek digeledah dan wang tunai serta barang kemas mereka dirampas.

Konsulat Sweden dan Ghana sudah dimaklumkan mengenai operasi itu.

Rampasan wang palsu itu adalah yang terbesar dalam sejarah Turkiye, kata pejabat gabenor. – Reuters

Loading...
Terkini