comscore
Tumpuan :
Dunia

Erdogan imbas kembali kejayaan 21 tahun pemerintahan

ISTANBUL: Dengan tempoh berbaki seminggu lagi untuk Pilihan Raya Presiden dan Parlimen di Turkiye, Presiden Recep Tayyip Erdogan, mengadakan perhimpunan besar-besaran di Istanbul yang dihadiri sekurang-kurangnya 1.7 juta penyokongnya.

Dalam perhimpunan terbabit, beliau memuji penyokongnya selain mengimbas kembali pencapaian pemerintahannya sejak 21 tahun lalu.

Pemimpin Turkiye itu berkata pemerintahannya berjaya meningkatkan pendapatan negara sebanyak tiga kali ganda sejak awal pemerintahannya.

Pilihan raya di Turkiye akan berlangsung pada 14 Mei depan.

Bagi pemilihan presiden, Presiden Recep Tayyip Erdogan bakal ditentang tiga calon pembangkang, Kemal Kilicdaroglu, Muharrem Ince dan Sinan Ogan.

Sementara itu, 24 parti politik dan 151 calon bebas bersaing untuk merebut kerusi Parlimen Turkiye kali ini.

SUMBER REUTERS

Loading...
Terkini