comscore
Tumpuan :
Dunia

Enam terbunuh dalam serangan pisau di tadika

Seorang suspek lelaki ditahan susulan kejadian serangan berkenaan – Foto Weibo

BEIJING : Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan pisau di sebuah tadika di China pada Isnin.

Insiden itu berlaku di bandar Hengshan, Lianjiang di selatan wilayah Guangdong, lapor Agensi Anadolu memetik South China Morning Post.

Pihak berkuasa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 pagi.

Biro Keselamatan Awam Lianjiang menyifatkan serangan itu sebagai “serangan yang disengajakan”.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang suspek berusia 25 tahun bernama Wu. – BERNAMA

Loading...
Terkini