comscore
Tumpuan :
Dunia

Feri terbakar di pulau peranginan Koh Tao, Thailand

SURAT THANI (Thailand): Sebuah feri yang membawa 108 penumpang termasuk 11 kru yang dalam pelayaran ke pusat peranginan Koh Tao dari jeti di wilayah Surat Thani terbakar hari ini.

Feri yang turut membawa kereta, motosikal dan barangan pengguna berlayar dari wilayah selatan Thailand pada 11 malam, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Kebakaran bermula di bilik enjin dan dengan cepat merebak ke seluruh bahagian feri. Ketika kejadian, feri itu berada kira-kira 4.82 km dari pantai Koh Tao.

Pihak berkuasa dan pengendali kapal persendirian itu berjaya memindahkan semua penumpang dan kru dengan selamat.

Terdapat beberapa penumpang terhidu asap dan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini