comscore
Tumpuan :
Dunia

Ferrari Schumacher dijual pada harga AS$14.8 juta.

Foto hiasan

SWITZERLAND: Jentera Ferrari F2003-GA milik juara dunia Formula 1 tujuh kali Michael Schumacher dijual pada harga AS$14.8 juta dalam satu lelongan di Geneva.

Dari Juara Dunia kepada pemegang rekod dunia, Ferrari F2003-GA yang paling berjaya kini merupakan kereta F1 moden paling bernilai tinggi dalam sejarah.

Agensi Anadolu melaporkan, memetik RM Sotheby’s, sebuah syarikat lelongan kereta klasik di Ontario, Kanada, jentera yang dipandu Michael Schumacher dalam perjalanan mengejar gelaran keenamnya telah dijual pada harga CHF (Franc Swiss) 14,630,000 (AS$14,873,327) pada Luxury Week Sotheby’s di Geneva.

Sebelum ini, pada 2017, sebuah lagi Ferrari yang dipandu Schumacher – F2001 dijual pada harga AS$7.5 juta oleh Sotheby’s di New York.

Schumacher dari Jerman, 53 tahun, masih dalam proses pemulihan sejak mengalami kecederaan kepala dalam kemalangan ski pada Disember 2013.

Beliau diletakan dalam keadaan koma selama beberapa bulan selepas kemalangan itu.

Keluarganya dibenarkan memindahkannya pulang pada September 2014.

Loading...
Terkini