comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Gempa Bumi Nepal: Empat Kanak-kanak Antara Enam Maut

NEPAL: Empat kanak-kanak antara enam maut maut dalam gempa bumi kuat 5.6 skala richter yang melanda barat negara.

Gegaran dikesan 21 kilometer di timur Dipayal pada kedalaman 15.7 kilometer.

Gegaran turut dirasai sehingga ke New Delhi, India yang terletak pada jarak lebih 500 kilometer.

Media yang memetik Jurucakap Polis Daerah Doti, Superintenden Bhola Bhatta melaporkan, daerah itu antara yang teruk terjejas.

Gegaran kuat mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga rumah penduduk ranap.

Pada masa sama, operasi menyelamat giat dijalankan pasukan kecemasan bagi mencari dua lagi mangsa yang hilang selain membantu penduduk terjejas.

Perdana Menteri Nepal, Sher bahadur Deuba melalui akuan twitternya turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Beliau turut mengarahkan semua agensi terlibat menguruskan bantuan kepada mangsa pada kadar segera.

Loading...
Terkini