comscore
Tumpuan :
Nasional

10 pendaki Malaysia selamat tiba di Kathmandu

KUALA LUMPUR: Kumpulan pendaki Malaysia, Ekspedisi Gunung Mera Peak, Nepal, selamat tiba di Kathmandu.

Difahamkan mereka berjaya keluar, selepas terkandas di Lukla, dengan menaiki penerbangan ke Ramechapp.

Menurut wakil pendaki, Mohd Shobri Ahmad, 50, penerbangan itu mengambil masa kira-kira 20 minit.

“Alhamdulillah kesemua pendaki selamat keluar dari Lukla.

“Sebaik tiba di Ramechapp, kami meneruskan perjalanan untuk ke Kathmandu dengan menaiki kenderaan darat yang mengambil masa kira-kira empat jam,” katanya.

Beliau berharap perjalanan pulang ke tanah air berjalan lancar seperti yang dijadualkan pada 7 November ini.

Terdahulu, seramai 10 pendaki negara yang menyertai ekspedisi itu dilaporkan terkandas di Lukla, berikutan gempa bumi berukuran 5.6 magnitud yang melanda sebuah kawasan terpencil di Nepal.

1 November lalu, tiga pendaki negara termasuk bekas jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) Abdul Rahim Rahmat berjaya menawan Gunung Mera Peak berketinggian 6,476 meter dari paras laut (mdpl).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini