comscore
Tumpuan :
Dunia

Gempa bumi Turkiye: 10 wilayah tenggara diisytihar darurat 3 bulan

Anggota penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa dari lokasi runtuhan bangunan. – FOTO : REUTERS

ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah tenggara yang dilanda gempa bumi.

Dalam pengisytiharan yang dibuat menerusi siaran langsung di stesen penyiar tempatan, Erdogan turut memaklumkan satu pendekatan kecemasan akan diambil bagi menyalurkan bantuan ke kawasan terjejas.

Tambah beliau, kerajaan juga akan menghantar lebih 50,000 pekerja bantuan ke semua kawasan berkenaan selain memperuntukkan dana bantuan khas berjumlah AS$5.3 bilion.

Dalam pada itu, Turkiye terus-menerus menerima tawaran bantuan daripada 70 negara dalam operasi mencari dan menyelamat.

Kerajaan juga merancang untuk membuka hotel di Antalya dalam usaha menempatkan sementara mangsa gempa yang terjejas.

Setakat ini, jumlah korban terbaharu di Turkiye dan Syria melebihi 7,800 orang.

SUMBER AFP

Loading...
Terkini