comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Gerabak kereta api terpisah, 30 cedera

CHINA: Suasana dalam kereta api bawah tanah di Beijing kecoh, apabila dua gerabaknya secara tiba-tiba terpisah antara satu sama lain.

Ekoran insiden itu, 30 penumpang cedera dan selebihnya terkandas di tengah-tengah trek kereta api.

Menurut pihak berkuasa, kedua-dua gerabak itu terpisah apabila berlaku kerosakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Buletin TV3 (@buletintv3)

Stesen kereta api yang terlibat ditutup buat sementara waktu bagi proses memindahkan penumpang yang terperangkap.

Visual yang diperoleh menunjukkan penumpang terpaksa menunggu di dalam kegelapan sehingga bantuan tiba.

Ada seorang wanita dilaporkan pengsan dan dia diberikan bantuan daripada penumpang lain.

Pihak pengangkutan mengesahkan terdapat gangguan bekalan elektrik di laluan kereta api Changping, antara Xierqi ke Life Science Park.

Loading...
Terkini