comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Rusuhan di Peru memuncak, seorang maut, 30 cedera

FOTO: REUTERS

LIMA : Sekurang-kurangnya seorang maut manakala lebih 30 lagi cedera dalam tunjuk perasaan ganas di beberapa lokasi di Peru.

Di Lima, perarakan disertai ribuan tunjuk perasaan antikerajaan yang mendesak Presiden Dina Boluarte meletak jawatan dan pilihan raya baharu diadakan.

Penunjuk perasaan merusuh dengan polis dalam cubaan mereka menawan ibu negara Peru itu.

Polis terpaksa berundur seketika sebelum kembali dengan tindakan lebih tegas ke atas penunjuk perasaan, termasuk tembakan peluru getah dan gas pemedih mata

FOTO: REUTERS

Kekecohan pada hari sama turut menyaksikan sebuah bangunan terbakar,

Susulan ketegangan terbaharu itu, Boluarte mengarahkan sesi dialog diadakan di antara penunjuk perasaan dengan polis.

Ketegangan di Peru bermula sejak awal Disember lalu selepas bekas Presiden Pedro Castillo ditahan pihak berkuasa dakwaan salah guna kuasa. –  AFP/CNN

Loading...
Terkini