comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Gunung berapi Ruang di Indonesia meletus lagi, status amaran paling tinggi dikeluarkan

JAKARTA: Gunung berapi Ruang di luar Pulau Sulawesi, Indonesia meletus lagi hari ini, memuntahkan abu dan lava, selepas letusan awal bulan ini menyebabkan ratusan pemindahan dan penutupan lapangan terbang.

Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) negara itu menaikkan tahap amaran kepada paras tertinggi berikutan letusan pagi ini, menggesa penduduk supaya tidak mendekati gunung berapi itu, menurut laman webnya.

Gunung berapi Ruang Indonesia di luar pulau Sulawesi meletus lagi hari ini.

Pulau Ruang di wilayah Sulawesi Utara menempatkan lebih 800 penduduk, kebanyakannya sudah dipindahkan berikutan letusan awal bulan ini. Tidak jelas berapa ramai lagi yang akan dipindahkan pada hari ini.

Agensi mitigasi bencana negara itu tidak memberi bertindak balas segera terhadap permintaan memberi penjelasan.

Rakaman di media sosial pada hari ini, yang tidak dapat disahkan dengan segera oleh REUTERS, menunjukkan lava mengalir menuruni gunung berapi, yang terletak kira-kira 100 km (62 batu) dari ibu kota wilayah Manado.

Pihak berkuasa pengangkutan menutup sementara lapangan terbang Manado selepas letusan awal bulan ini, manakala batu dan abu yang jatuh merosakkan rumah dan memaksa hospital berdekatan dipindahkan.

Pihak berkuasa menurunkan tahap status ke tahap 3 minggu lepas sebelum menaikkannya semula ke tahap 4 hari ini.

Indonesia melintasi apa yang dipanggil “Lingkar Api Pasifik,” kawasan aktiviti seismik tinggi di mana beberapa plat tektonik bertemu. -REUTERS

Loading...
Terkini