comscore
Tumpuan :
Nasional

214 penebangan, 33,864 penumpang terjejas akibat letusan Gunung Ruang – MOT

Kelihatan penumpang memasuki balai berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 April lalu susulan pembukaan semula penerbangan ke Sabah dan Sarawak.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan keseluruhan sebanyak 214 penerbangan ke Sabah dan Sarawak terpaksa dibatalkan susulan letusan di Gunung Ruang, Indonesia, baru-baru ini.

Menurut MOT, pembatalan kesemua penerbangan itu menjejaskan seramai 33,864 penumpang yang keluar masuk di dua negeri terbabit untuk tempoh dua hari kejadian iaitu pada Khamis dan Jumaat lalu.

Media sebelum ini melaporkan kira-kira 20,000 penumpang yang masuk dan keluar ke Sabah dan Sarawak terjejas akibat pembatalan penerbangan berikutan letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara.

Letusan larva dan abu tebal dari gunung berapi itu menyebabkan ruang udara sekitarnya termasuk di Sabah terjejas dan memaksa syarikat penerbangan mengambil langkah membatalkan sementara penerbangan.

Empat syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air dan Firefly terpaksa membatalkan kesemua penerbangan membabitkan Sabah dan Sarawak.

Walaupun pada awal ada syarikat penerbangan cuba memulihkan operasi penerbangan semula kelmarin namun terpaksa dibatalkan selepas mengambil kira keadaan cuaca dan keselamatan operasi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini