comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Gunung berapi Semeru Jawa Timur meletus, penduduk diarah pindah

JAKARTA: Gunung Berapi Semeru di Lumajang, Jawa Timur meletus dengan mengeluarkan awan panas.

Letusan awan dikesan ke arah utara dengan ketinggian lebih 1,500 meter. Pada masa sama aktiviti seismik turut direkodkan di kawasan sekitarnya

Susulan itu, amaran tahap tertinggi dikeluarkan dengan penduduk yang tinggal berdekatan diarah pindah.

Pasukan Badan Bencana Daerah Lumajang turun ke lokasi bagi memantau situasi terkini selain memberi informasi kepada penduduk.

Wakil BNPB Lumajang, Joko Sambang, dipetik berkata, mereka kini berada di pos kawalan yang terletak pada jarak kira-kira 12 kilometer dari puncak gunung.

Hasil pemantauan mendapati, terdapat risiko debu berbahaya gunung berapi, justeru pemberian pelitup muka telah mula diedarkan kepada penduduk.

FOTO: REUTERS

Penduduk juga dilarang melakukan sebarang aktiviti dan digesa menjauhi kawasan sekitar lapan kilometer radius dari puncak gunung.

Kali terakhir Semeru meletus genap setahun yang lalu meragut 51 nyawa.  –  BNPB INDONESIA / AFP

Loading...
Terkini