comscore
Tumpuan :
Dunia

Gunung Semeru Indonesia meletus

Gunung Berapi Semeru di Indonesia meletus

JAKARTA: Gunung Berapi Semeru di Indonesia meletus hari ini, memuntahkan kepulan abu sehingga 600 meter ke udara dari atas kawah.

Kepulan abu itu berwarna kelabu dengan intensiti tebal ke utara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bahaya Geologi negara, PVMBG.

Pada jam 7.58 pagi waktu tempatan, PVMBG merekodkan letusan pada seismograf. Ia mencatatkan amplitud maksimum 22 milimeter selama 105 saat. Semua penduduk digesa tidak berada di sekitar radius lima kilometer (km) dari gunung itu.

Pada Disember tahun lalu, pihak berkuasa memindahkan hampir 2,000 orang yang tinggal berhampiran Semeru selepas gunung berapi itu memuntahkan abu sejauh 15 kilometer.

Letusan pada 4 Disember 2021, sekurang-kurangnya 69 orang terbunuh, 104 cedera dan lima yang lain masih hilang.

Ketika ini, ancaman gunung setinggi 3,676 meter itu masih diletakkan dalam status berjaga-jaga.  – BERNAMA.

Loading...
Terkini