comscore
Tumpuan :
Sukan

Haikal-Hon Jian juara Masters Orleans

Masters Orleans kejuaraan ketiga Haikal-Hon Jian selepas menang Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi dan Masters Guwahati di India pada Disember tahun lalu. – FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Muhammad Haikal-Choong Hon Jian menepati ramalan selaku pilihan keempat, apabila muncul juara Kejohanan Badminton Masters Orleans di Perancis sebentar tadi, menewaskan pasangan Indonesia, Sabar Karyawan Gutama-Mohd Reza Pahlevi Isfahani.

Bermula meyakinkan dengan kemenangan 21-15 pada set pertama, gandingan Indonesia yang tampil selaku pilihan ke-6 nyata tidak mudah mengalah.

Mereka bangkit mengheret permainan ke set penentuan apabila menang set kedua 21-18.

Begitupun beregu negara tidak mudah cemas malah kembali menguasai saingan.

Selepas perlawanan berlanjutan 54 minit, Haikal-Hon Jian memastikan kejuaraan apabila mudah menamatkan set ketiga 21-14.

Ini final keempat Haikal-Hon Jian dalam saingan Jelajah Dunia BWF, sejak digandingkan pada Ogos tahun lalu dan kejuaraan ketiga selepas mereka memenangi Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi dan Masters Guwahati di India, pada Disember tahun lalu.

Masters Orleans bertaraf Super 300 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$210,000 (kira-kira RM988,000).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini