comscore
Tumpuan :
Dunia

Helikopter bomba berlanggar ragut 3 nyawa

CALIFORNIA: Tiga maut dalam nahas helikoter bomba dan penyelamat bertembung di California, Amerika Syarikat.

Sejurus berlanggar ketika memadam kebakaran, salah sebuah helikopter terhempas di kawasan bukit manakala sebuah lagi selamat mendarat.

Menurut Ketua Bomba Wilayah Selatan California, kedua-dua jentera itu dikerah memadam kebakaran di Cabazon, kira-kira 137 kilometer di timur Los Angeles.

Helikopter yang terhempas mengorbankan tiga mangsa termasuk seorang kapten bomba California dan seorang juruterbang kontrak.

Stesen radio tempatan melaporkan helikopter yang selamat mendarat jenis Sikorsky Skycrane membawa bahan perencat bagi memadam kebakaran.

Sementara, sebuah lagi jenis Bell digunakan untuk pemantauan proses pemadaman kebakaran.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan memaklumkan kawasan kebakaran di Cabazon kini merebak menjangkau 1.2 hektar.

Loading...
Terkini