comscore
Tumpuan :
Dunia

Hujan lebat, banjir musnahkan harta benda penduduk di Peru

FOTO: Reuters

PERU: Hujan lebat mengakibatkan kemusnahan harta benda penduduk dan infrastruktur di Peru sejak tiga hari lalu.

Kediaman dan kenderaan penduduk dinaiki air dengan lokasi tertentu mencecah sehingga paras lutut

Media tempatan melaporkan, negara itu juga bakal berdepan fenomena El Nino sehingga menjelang musim luruh nanti

Menteri Pertahanan Peru dalam pada itu dipetik berkata, pihak berkuasa sedang berusaha membantu penduduk dan bersedia bagi menghadapi fenomena itu

Dianggarkan hampir 400 daerah mungkin terjejas dengan kejadian tanah runtuh sekali gus ia boleh mengancam nyawa lebih sejuta penduduk. – REUTERS

Loading...
Terkini