comscore
Tumpuan :
Dunia

ICC mulakan siasatan jenayah perang ke atas wartawan di Gaza 

THE HAGUE: Reporters sans frontieres – Reporters Without Borders (RSF) memfailkan aduan jenayah perang kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICC berhubung kematian wartawan Palestin ekoran pencerobohan rejim Israel di Semenanjung Gaza.

ICC turut mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kemungkinan berlakunya jenayah perang terhadap wartawan ketika pencerobohan itu.

Pejabat pendakwa ICC, Karim Khan, turut memberi jaminan bahawa jenayah terhadap wartawan termasuk dalam siasatannya ke atas Palestin.

“Hari ini saya mengesahkan permulaan oleh Pejabat Pendakwa ICC bagi penyiasatan berhubung situasi di Palestin.

“Siasatan akan meliputi jenayah dalam bidang kuasa mahkamah yang didakwa dilakukan dalam situasi itu sejak 13 Jun 2014, tarikh rujukan dibuat dalam rujukan situasi ke pejabat saya,” umum ICC hari ini.

Pencerobohan tentera Israel yang berterusan ke atas Gaza setakat ini mengakibatkan kematian 106 wartawan dan pekerja media.

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan yang mendalam mengenai ‘jumlah tinggi’ wartawan Palestin yang terbunuh di Semenanjung Gaza, berikutan kematian dua wartawan yang bekerja untuk Biro Gaza Al-Jazeera pada 7 Januari lalu.

Sebelum ini, dua wartawan Palestin, Hasouna Salim dan Sari Mansour terbunuh selepas tentera rejim Zionis membedil kem Bureij di tengah Gaza.

Menurut data dikeluarkan Pejabat Media Palestin, seramai 56 pengamal media terkorban sama ada semasa membuat liputan di kawasan konflik mahupun terbunuh ketika berada di rumah sejak konflik perang itu tercetus 7 Oktober lalu. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini