comscore
Tumpuan :
Dunia

Serang wartawan di Gaza pencabulan serius kebebasan bersuara – Actionaid

FOTO: Reuters

RAMALLAH, 23 Okt (Bernama-WAFA): Insiden serangan terhadap wartawan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 18 wartawan Palestin terbunuh di Gaza, menggambarkan berlakunya pencabulan serius terhadap hak kebebasan bersuara.

Menurut Pertubuhan bukan kerajaan ActionAid, insiden terbaharu membabitkan seorang wartawan foto maut selepas kediamannya dibom tentera Israel pada Ahad, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Wartawan Palestin mendokumentasikan insiden pengeboman di Gaza supaya dunia dapat menyaksikan kemusnahan yang berlaku…Dedikasi mereka telah memberikan gambaran terhadap krisis yang sedang berlaku,” menurut pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

ActionAid berkata wartawan Palestin tetap menjalankan tugas mereka walaupun berdepan ancaman dan kesulitan.

“Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, wartawan perlu dilindungi sama seperti orang awam. ActionAid menyeru gencatan senjata segera untuk melindungi mereka (wartawan) dan orang awam di Gaza,” kata ActionAid.

Sementara itu, Penyelaras Advokasi dan Komunikasi di ActionAid Palestin, Riham Jafari, merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan untuk menyiasat insiden serangan ke atas wartawan.

“Menyerang wartawan adalah satu pelanggaran terhadap hak untuk hidup dan kebebasan bersuara,” katanya. – BERNAMA-WAFA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini