comscore
Tumpuan :
Dunia

Imran Khan masih ditahan di mahkamah 

Foto : Reuters

PAKISTAN: Bekas perdana menteri Imran Khan masih ditahan biarpun telah menerima perintah mahkamah untuk dibebaskan dengan ikat jamin selama dua minggu.

Khan yang masih berada di dalam bangunan mahkamah memaklumkan pembebasannya dilengah-lengahkan pihak polis meskipun ikat jaminnya sudah diluluskan.

Pihak berkuasa bagaimanapun sebaliknya memaklumkan, tindakan berkenaan hanyalah untuk memastikan keselamatan Khan terjamin.

Khan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial berkongsi, “Mereka tidak akan melepaskan saya. Pelbagai alasan diberi”.

Dia dalam pada itu turut memohon semua penyokongnya untuk melakukan protes secara aman.

Menurut salah seorang peguamnya, pihak polis melengahkan pembebasan Khan berikutan terdapat insiden tembakan yang berlaku di luar mahkamah.

Mahkamah semalam telah membebaskan Khan dengan ikat jamin selama dua minggu selepas beliau ditahan terkait kes penipuan tanah.

Penahanan Khan mencetuskan tunjuk perasaan dahsyat di seluruh negara yang meragut nyawa selain pergolakan dengan tentera yang cuba untuk merampas kuasa pentadbiran Pakistan.

Loading...
Terkini