comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Israel gagal tepis dakwaan lakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza

THE HAGUE: Israel dilihat sebagai gagal untuk mematahkan tuntutan yang menuduh rejim itu melakukan jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Menteri Kehakiman Afrika Selatan, Ronald Lamola berkata demikian ketika berdiri di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.

“Israel hari ini gagal untuk menafikan kes Afrika Selatan yang dibentangkan di hadapan ICJ semalam.

“Kami berpegang pada fakta, undang-undang dan semua bukti yang kami kemukakan,” tegas Lamola.

Afrika Selatan mengekalkan dakwaannya bahawa Israel bertindak melanggar Konvensyen Konvensyen Genosid.

“Tiada apa-apa yang membenarkan tindakan Israel melancarkan perang ke atas Gaza. Mempertahankan diri tidak membenarkan pembunuhan beramai-ramai.

“Kami yakin bahawa kami sudah membentangkan kes yang komprehensif dan Israel cuba memburukkan kami. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri mengakui terdapat halangan misi bantuan di Gaza dan satu-satunya penyelesaian ialah menghentikan peperangan,” katanya.

Lamola menyatakan keyakinannya bahawa ICJ akan memaksa Israel mengambil langkah sementara bagi menghentikan perang ke atas Gaza.

ICJ menyambung semula sesi semalam, bagi mendengar hujah Israel terhadap tuduhan Afrika Selatan.

Pada sesi awal, Afrika Selatan menyerahkan dokumen setebal 84 muka surat yang disusun dengan teliti, membentangkan bukti pembunuhan yang disengajakan Israel ke atas ribuan rakyat Palestin di Gaza.

Tumpuan adalah terhadap permintaan Afrika Selatan untuk langkah-langkah segera yang memaksa tentera rejim yahudi menangguhkan serangan tenteranya.

Tindakan undang-undang yang diambil oleh Afrika Selatan terhadap rejim itu mendapat sokongan ketara di peringkat global yang mencabar tindakan Israel sebagai kuasa penjajah.

Lamola melahirkan ucapan terima kasih atas sokongan antarabangsa dan menekankan bahawa Afrika Selatan mencari keadilan untuk rakyat Palestin.

Sejak 7 Oktober lalu, serangan Israel mengakibatkan kemusnahan dan kematian lebih 23,700 orang dan 59,000 kecederaan, serta krisis kemanusiaan yang ketara. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini