comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel lancar roket ke Damsyik

FOTO: AFP

SYRIA: Tentera Syria mendakwa Israel melancarkan peluru berpandu ke Damsyik awal pagi tadi yang mengakibatkan kemusnahan pada struktur bangunan di tengah-tengah bandar itu.

Serangan dilaporkan berlaku 1.20 pagi waktu tempatan dan ada antaranya berjaya dipatahkan pertahanan udara Syria.

Bunyi letupan kuat jelas kedengaran di seluruh Damsyik, namun tidak dapat dipastikan lokasi tepatnya.

Ada kebakaran dilaporkan tercetus di kawasan kejiranan Al-Midan, di selatan Damsyik.

Laporan lain turut mendakwa serangan disasarkan ke Kafr Sousa.

Sekurang-kurangnya dua anggota tentera dilaporkan cedera dalam serangan itu selain turut menyebabkan kemusnahan harta benda.

Menurut agensi berita SANA, peluru berpandu itu datang dari arah Bukit Golan yang diduduki Israel.

Serangan ini berlaku seminggu selepas Israel menyasarkan lapangan terbang Aleppo, sekaligus memusnahkan landasannya memaksa mereka menggantung operasi selama dua hari.

Israel telah melancarkan ratusan serangan udara terhadap Syria sejak 2011 namun tidak mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan.

Loading...
Terkini