comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel risau ICC keluar waran tangkap

FOTO: Reuters

BAILTULMAQDIS: Israel menyuarakan kebimbangan sekiranya Mahkamah Jenayah Antarabangsa, (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap pegawainya atas tuduhan berkaitan kendalian perang terhadap Hamas.

ICC yang boleh mendakwa individu dengan jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai, sedang menyiasat tindak balas rentas sempadan hamas pada 7 Oktober dan serangan Israel ke atas Gaza.

Sebagai respon, Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaannya untuk meningkatkan keselamatan, kononnya ekoran risiko gelombang ‘antisemitisme’ melampau.

Selain menjangkakan ICC mengelak daripada mengeluarkan waran tangkap itu, rejim masih berkeras tidak akan tunduk atau terhalang dengan sebarang tindakan diambil, sebaliknya akan terus berperang.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sebelum ini berkata, sebarang keputusan ICC tidak akan menjejaskan tindakan Israel, namun ia sekadar menjadi cabaran bahaya kepada rejimnya.

Oktober lalu, Ketua Pendakwaraya ICC, Karim Khan berkata, mahkamah mempunyai bidang kuasa ke atas sebarang kemungkinan jenayah perang dilakukan pejuang Hamas di Israel dan oleh tentera Israel di Gaza.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini