comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Israel tembak dua penduduk Palestin, serbu dua kem pelarian

TEBING BARAT: Dua penduduk Palestin cedera ditembak tentera Israel dalam keganasan terbaharu di bandar al-Bireh.

Ketegangan turut menyaksikan penduduk dibaling dengan gas pemedih mata oleh tentera rejim.

Dalam satu lagi insiden di utara Baitulmaqdis, tentera Israel dilaporkan melancarkan operasi di kem pelarian Shuafat dan kem Qalandia.

Terdahulu, media The Palestinian Information Center mendedahkan penahanan dua pemuda Palestin oleh tentera rejim di bandar lama Baitulmaqdis.

Kedua-duanya dikenal pasti sebagai Nizar Jabir dan Nizar Tuffaha dari Al-Sadiyyah.

Hari yang sama turut menyaksikan larangan kemasukan hasil laut dikenakan dari semenanjung Gaza ke Tebing Barat.

Ia dilakukan selepas tentera Israel menghalang usaha membawa masuk 20 tan ikan dari Gaza ke wilayah jajahan Israel yang dikatakan dilakukan tanpa seliaan pihak veterinar.

Loading...
Terkini