comscore
Tumpuan :
Dunia

Kebakaran Lahaina catat korban tertinggi dalam tempoh lebih 100 tahun

FOTO: REUTERS

AMERIKA SYARIKAT: Kebakaran hutan di Lahaina, Hawaii, mencatat kenaikan jumlah kematian kepada 93 orang.

Ia sekali gus menjadikannya jumlah korban tertinggi dalam sejarah kebakaran hutan di negara itu bagi tempoh lebih 100 tahun.

Pihak berkuasa tempatan menjangkakan angka korban akan terus meningkat sementera kerja-kerja mencari dan menyelamat diteruskan.

Menurut polis, banyak mayat mangsa juga tidak dapat dikenal pasti kerana rentung.

FOTO: REUTERS

Penduduk pada masa sama menyuarakan kemarahan dan kekecewaan mereka.

Sistem amaran bencana juga dilaporkan tidak berfungsi semasa kejadian.

Kebakaran setakat ini telah memusnah atau merosakan lebih 2,200 struktur bangunan dengan lebih 850 hektar tanah musnah.

Dalam pada itu, Agensi Pentadbiran Kecemasan Persekutuan mendedahkan, usaha untuk membina semula bandar Lahaina dianggarkan mencecah 5.5 bilion dolar – AL JAZEERA

Loading...
Terkini