comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Kebakaran hutan Hawaii, Ketua Pengurusan Kecemasan letak jawatan diganti segera

FOTO: Reuters

HAWAII: Pentadbir Agensi Pengurusan Kecemasan Maui, Herman Andaya meletak jawatan atas faktor kesihatan.

Menurut laman Facebook rasmi Maui County, Datuk Bandar daerah itu menerima peletakan jawatan berkenaan.

Justeru, seseorang akan menggantikan tempat beliau secepat mungkin, memandangkan krisis dihadapi ketika ini amat mencabar.

Sehingga kini, angka kematian akibat kebakaran hutan Maui di Hawaii mencecah 111.

Peningkatan jumlah kematian itu juga dikhuatiri berterusan berikutan sistem siren kecemasan didakwa tidak mengeluarkan sebarang amaran ketika bencana melanda.

Meskipun ramai yang telah berpindah, pihak berkuasa tempatan menasihatkan baki penduduk terus peka dan mengambil langkah wajar berdepan saat getir ini.

Loading...
Terkini