comscore
Tumpuan :
Dunia

Operasi kenal pasti mayat kebakaran hutan berdepan cabaran

Foto Reuters

HAWAII: Sepasukan pakar penyiasat kini dalam usaha mengenal pasti mayat mangsa kebakaran belukar tidak terkawal di Maui, Hawaii, Amerika Syarikat.

Pasukan terdiri daripada pakar patologi forensik, juruteknik x-ray, pakar cap jari dan doktor gigi forensik bekerja 12 jam sehari dalam usaha berkenaan.

Kesemua mereka adalah ahli program pasukan tindak balas operasi mortuari bencana persekutuan, (DMORT), yang dikerah susulan bencana yang meragut banyak nyawa di kepulauan itu.

Namun usaha itu berdepan pelbagai cabaran dengan kawasan hutan yang musnah terlalu luas.

Lebih menyukarkan jumlah sebenar mangsa tidak diketahui kerana ratusan nama kekal hilang, manakala hanya cebisan badan yang diperolehi.

Setakat ini, angka kematian di bandar Lahaina yang musnah melepasi 100 orang, namun hanya segelintir telah dikenal pasti secara rasmi.

Untuk rekod, 10 DMORT serantau di seluruh amerika syarikat terdiri lebih 600 anggota dikerah bertindak untuk bencana berbeza termasuk nahas pesawat, bencana taufan dan peperangan.

Loading...
Terkini