comscore
Tumpuan :
Dunia

Korban gempa bumi Jepun kini 161 orang

Foto: Reuters

ISHIKAWA: Angka korban gempa bumi kuat 7.5 magnitud di Jepun pada 1 Januari lalu meningkat kepada 161 orang.

103 lagi mangsa masih hilang dengan 565 penduduk dilaporkan cedera.

Jumlah korban termasuk 70 kematian yang dicatatkan di bandar Wajima dan bandar Suzu dan 11 lagi di Anamizu.

Menurut laporan NHK, terdapat 1,200 aktiviti seismik di daerah Noto dan kawasan sekitarnya.

Pada masa sama, salj tebal dilaporkan di daerah itu memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada penduduk berhubung risiko bangunan runtuh kerana tidak dapat menampung berat.

Penduduk juga diminta sentiasa peka dengan gangguan jadual sistem pengangkutan dan keadaan persekitaran yang berbahaya. – NHK

Loading...
Terkini