comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Korban gempa bumi Jepun meningkat 92 orang, 242 hilang

ANAMIZU: Angka kematian akibat gempa bumi di tengah Jepun meningkat kepada 92 orang, hari ini, kata pihak berkuasa wilayah itu, dengan jumlah yang hilang melonjak kepada 242 orang.

Ribuan penyelamat dari seluruh Jepun turut bergelut dengan gegaran susulan dan jalan raya yang terbelah serta terhalang akibat tanah runtuh yang kerap berlaku di wilayah Ishikawa bagi menyelamatkan ratusan orang dalam komuniti yang terkandas.

Pada petang Khamis, 72 jam selepas gempa, dua wanita warga emas berjaya diselamatkan dari runtuhan rumah, namun harapan untuk mencari mangsa lain yang terselamat semakin pudar.

“Saya sedang berehat pada Hari Tahun Baru apabila gempa berlaku. Saudara-mara saya semua ada di sana dan kami berseronok,” kata Hiroyuki Hamatani, 53.

“Rumah itu masih berdiri. Namun ia jauh daripada boleh didiami sekarang. Saya tidak boleh berfikir mengenai masa depan,” katanya.

Gempa bumi utama yang kuat, diikuti ratusan gempa susulan, mencederakan sekurang-kurangnya 330 orang, kata pihak berkuasa tempatan. – NSTP/AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini