comscore
Tumpuan :
Dunia

Korea Utara ledak peluru berpandu dari kapal selam

FOTO: CNN

PYONGYANG: Korea Utara menguji dua peluru berpandu jelajah strategik dari sebuah kapal selam menjelang latihan ketenteraan Amerika Syarikat-Korea Selatan akan datang.

Perkara itu dilaporkan Sputnik yang memetik agensi berita Yonhap.

Peluru berpandu itu dilancarkan dari kapal selam Yongung 8.24 pada pagi Ahad, Yonhap memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Isnin.

Ia kemudian dilaporkan mengenai sasaran di Laut Jepun selepas “merentasi perjalanan sejauh 1,500 kilometer (932 batu) selama 7,563 hingga 7,575 saat,”.

Latihan itu mengesahkan kebolehpercayaan sistem senjata baharu dan mengesahkan postur operasi semasa pencegahan perang nuklear.

Sementara itu perihal sama juga dilaporkan tentera Korea Selatan yang mendakwa Korea Utara meledak satu peluru berpandu dari sebuah kapal selam.

Loading...
Terkini