comscore
Tumpuan :
Dunia

Kumpul maklumat peribadi pengguna tanpa motif, Mahkamah Australia denda Meta AUD20 juta

SYDNEY: Mahkamah Persekutuan Australia memerintahkan pemilik Facebook, Meta Platforms (Meta), membayar denda AUD20 juta bersamaan RM61.7 juta selepas syarikat itu didapati bersalah mengumpul data pengguna melalui aplikasi telefon pintar menggunakan alasan kerahsiaan, tanpa mendedahkan motif sebenar tindakannya.

Mahkamah juga memerintahkan Meta melalui anak syarikatnya, Facebook Israel dan aplikasi Onavo yang kini tidak lagi beroperasi, untuk membayar AUD400,000 (RM1.2 juta) kos guaman kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia yang mengemukakan tuntutan sivil.

Pada awal 2016 hingga akhir 2017, Facebook mengiklankan Onavo dalam usaha mempromosi penyimpanan maklumat peribadi orang awam dengan selamat.

Meta juga boleh didenda ratusan bilion dolar memandangkan aplikasi Onavo sudah dimuat turun warga Australia sebanyak 271,220 kali.

Namun, hakim menetapkan semua pelanggaran terbabit hanya dirangkumkan sebagai satu tindakan. – REUTERS

Loading...
Terkini