comscore
Tumpuan :
Nasional

Sultan Johor selamat jalani pembedahan bahu kanan

Sultan Johor, Sultan Ibrahim selamat menjalani pembedahan bahu kanan di Hospital Pakar Damansara 2 dekat Kuala Lumpur, hari ini. – FOTO: NSTP/IHSAN RPO

JOHOR BAHRU : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, selamat menjalani pembedahan di bahu kanan baginda akibat kecederaan lama di Hospital Pakar Damansara 2 (DSH 2) dekat Kuala Lumpur pada hari ini.

Dalam hantaran terbaharu di laman sosial Facebook baginda memaklumkan, prosedur pembedahan berlangsung selama hampir tiga jam.

Baginda juga berada dalam keadaan sihat selepas pembedahan selesai.

“Pembedahan berjalan dengan baik dan saya juga berada dalam keadaan baik.

“Saya ingin menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua pasukan petugas perubatan yang terlibat dan juga kepada rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan saya,” titah baginda.

Sultan Ibrahim dijadual menjalani rawatan susulan radiofrekuensi untuk beberapa hari sebelum baginda berangkat pulang ke Johor.

Doktor Pakar Ortopedik yang terlibat ialah Dr Tan Chin Khoon, Dr Simmrat Singh Jagdis Singh dan Dr Shamsul Iskandar Hussein.

Turut membantu Dr Naveen Rajadurai (Radiologi); Dr Zuraini Md Noor (pakar bius) dan Datin Dr Vanitha Sivanaser (pakar bius).

Turut bersama ialah Dato’ Dr Subrahmanyam Balan, doktor peribadi Sultan Johor.

Loading...
Terkini