comscore
Tumpuan :
Nasional

Kilang produk air ajaran sesat Si Hulk di Johor ditutup

JOHOR BAHRU : Aktiviti perniagaan membabitkan kilang air minuman yang dijalankan kumpulan ajaran sesat Si Hulk di Johor telah ditutup.

Ia susulan sijil halal telah ditarik balik kerana gagal mematuhi piawaian ditetapkan pada 3 Jun 2021.

Artikel berkaitan: JAINJ kerjasama dengan MCMC, lumpuhkan ajaran sesat Si Hulk

Perkara itu disahkan EXCO Hal-Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid.

Katanya, JAINJ juga akan bekerjasama dengan agensi kerajaan pusat bagi menangani penyebaran ajaran sesat berkenaan melalui media sosial.

“Ajaran itu disebarkan dan dimuatnaik di luar negara, jadi di luar bidang kuasa kerajaan negeri Johor jadi kita akan bekerjasama dengan mana-mana agensi berkaitan bagi mengawal penyebaran ajaran berkenaan” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mengulas penularan video, lima sekeluarga yang membuat pengakuan mengikuti ajaran sesat di Facebook.

Artikel berkaitan: Remaja antara terjebak ajaran sesat ‘Si Hulk’

Di Johor, ajaran itu telah difatwakan sesat sejak Julai 2021.

Jelasnya, antara laman sosial yang aktif menyebarkan ajaran berkenaan adalah melalui Facebook Suhaini Mohammad dan Ajaran Si Hulk yang beroperasi sejak April lalu dan mempunyai lebih seribu orang pengikut.

Menurutnya lagi, hingga kini tiada pengikut ajaran berkenaan di tahan di Johor.

Beliau difahamkan pengasas ajaran itu berada di New Zealand.

Beliau terpaksa menggunakan laman sosial bagi menyebarkan ajaran yang telah difatwakan bertentangan dengan ajaran ahli sunnah wal jama’ah itu.

Loading...
Terkini