comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Laporan Khas Buletin Utama: Konflik bersenjata berterusan merugikan rakyat 

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

NARATHIWAT: Peranan Malaysia terhadap kestabilan di selatan Thailand terus diiktiraf negara Gajah Putih itu, bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk keamanan.

Melalui Pelan Komprehensif Bersama ke arah Keamanan (JCPP), Kuala Lumpur terus menjadi fasilitator antara Bangkok dan kumpulan pemberontak.

Impak daripada kejayaan pelan itu kelak, negeri-negeri di utara semenanjung akan menerima limpahan ekonomi dari wilayah-wilayah selatan Thailand.

Kerajaan Thailand menyifatkan, wilayah di selatan negara itu yang bersempadan dengan empat negeri di Malaysia merupakan permata tersembunyi yang mempunyai potensi besar untuk menjana ekonomi kedua-dua negara.

Ia menawarkan pelbagai daya tarikan yang kaya dengan unsur kebudayaan dan kesenian mirip dengan Malaysia serta keunikan makanan tempatan selain penduduk yang mesra.

Justeru, adalah rugi sekiranya kelebihan itu tidak dimanfaatkan dalam menarik keyakinan pelabur mahupun pelancong untuk berkunjung ke sana.

Bagi rakyat Malaysia yang ditemui di sempadan, isu keselamatan sering membantutkan hasrat mereka melancong ke selatan Thailand.

Saksikan laporan penuh dalam Buletin Utama jam 8 malam ini di TV3.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini