comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Laporan Khas: Kestabilan di selatan Thailand bawa limpahan ekonomi kepada Malaysia

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

NARATHIWAT: Peranan Malaysia terhadap kestabilan di selatan Thailand terus diiktiraf negara Gajah Putih itu, bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk keamanan.

Melalui Pelan Komprehensif Bersama ke arah Keamanan (JCPP), Kuala Lumpur terus menjadi fasilitator antara Bangkok dan kumpulan pemberontak.

Impak daripada kejayaan pelan itu kelak, negeri di utara semenanjung akan menerima limpahan ekonomi dari wilayah-wilayah selatan Thailand.

Kerajaan Thailand menyifatkan wilayah di selatan negara itu yang bersempadan dengan empat negeri di Malaysia merupakan permata tersembunyi yang mempunyai potensi besar untuk menjana ekonomi kedua-dua negara.

Peniaga Pasar Thethiwat 1, Pattani yang terdiri daripada penduduk tempatan yang berketurunan melayu Islam

Ia menawarkan pelbagai daya tarikan yang kaya dengan unsur kebudayaan dan kesenian mirip Malaysia serta keunikan makanan tempatan selain penduduk yang mesra.

Justeru, adalah rugi sekiranya kelebihan itu tidak dimanfaatkan dalam menarik keyakinan pelabur mahupun pelancong untuk berkunjung ke sana.

Bagi rakyat Malaysia yang ditemui di sempadan, isu keselamatan sering membantutkan hasrat mereka melancong ke selatan Thailand.

“Saya kalau boleh nak melancong dengan tenang dan takkan lah nak melancong tempat yang ramai orang serabut macam tu kan,” kata Alia Syazana, pelajar Malaysia yang ditemui Buletin TV3.

“Pelancong akan sampai ke Danok sebab ke Narathiwat agak bahaya bagi saya, Walaupun saya in out ke sana tapi kita tak kacau orang, orang tak kacau kita,” kata Abdul Halim Ahmad, pemandu pelancong Malaysia.

Aktiviti menjual beli di Pasar Thethiwat 1, Pattani

Usaha Malaysia dihargai rakyat Thailand

Bagi rakyat Thailand sendiri, peranan Malaysia dalam mendamaikan pihak yang bertelagah, sangat dihargai.

“Tahun sebelum ini terkesan disebabkan COVID-19, dan situasi keganasan itu banyak berlaku tetapi tahun ini ekonomi sudah beransur pulih.

“Harapan supaya kerajaan dengan kekacauan ini dapat dihentikan kerana apabila ada kejadian yang tidak diingini berlaku, orang tempatan akan datang, pelancong akan datang dan menyebabkan ekonomi meningkat,” ujar peniaga di selatan Thailand, Ketmanee Chailatanamanongkorn.

Peniaga di selatan Thailand, Ketmanee Chailatanamanongkorn

Di Narathiwat, lebih 800 peniaga berketurunan Melayu Islam menjana pendapatan melalui perniagaan.

Kesan penularan Covid-19 masih dirasai, dengan pertumbuhan ekonomi yang agak perlahan.

Presiden Perniagaan Muslim Narathiwat, Cik Mohd Nasir Cik Etae

“Jikalau dibuat main-main mesti akan rugi sebab keuntungan datang dari pelancongan. Pelancongan utama di Narathiwat, apabila pelancongan bagus, apa berniaga pun dia akan pergi.

“Utama dia, mari untuk pelancongan, oh kenal sana sini, sekurang-kurangnya bukan ilmu agama sahaja, mesti ada ekonomi,” kata Cik Mohd Nasir Cik Etae, Presiden Perniagaan Muslim Narathiwat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu rakan sejawatannya Srettha Thavisin pada November tahun lalu di Songkhla.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri bertemu rakan sejawatannya Srettha Thavisin pada November tahun lalu di Songkhla.

Komitmen dizahirkan untuk memajukan kerjasama bagi pembangunan kawasan sempadan antara kedua-dua negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini