comscore
Tumpuan :
Dunia

Lebih 8,000 hektar kawasan musnah, belum ada petanda kebakaran berhenti di Sepanyol

 

Foto : Reuters

MADRID: Kebakaran hutan di barat Sepanyol sehingga kini memusnahkan sehingga 8,000 hektar.

Keadaan yang kian buruk di kawasan bersempadan Portugal itu turut memaksa pasukan kecemasan memindahkan lebih 600 penduduk.

Penduduk dari tiga perkampungan iaitu Cadalso, Descargamaría dan Robledillo de Gata dipindahkan dan tiga jalan di kawasan itu ditutup.

Menurut perkhidmatan kecemasan, angin kencang menyukarkan usaha mengawal kebakaran di kawasan hutan tebal di Las Hurdes dan Sierra de Gata di wilayah Extremadura.

Seramai 260 anggota bomba dan 165 tentera berusaha memadamkan kebakaran.

Presiden wilayah Extremadura, Guillermo Fernandez Vara, berkata beliau percaya kejadian dimulakan dengan sengaja, dan cuaca kering memudahkan pokok pain terbakar dan merebakkan kebakaran dengan pantas.

Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah (EU), memberi amaran mengenai bahaya kebakaran yang melampau di bahagian lain di Sepanyol, terutamanya di sekitar bandar Zaragoza di wilayah timur laut Aragon.

Foto : Reuters

Menurut penyelidikan oleh Suruhanjaya Eropah, perubahan keadaan cuaca yang dikaitkan dengan pemanasan global akan meningkatkan lagi bahaya kebakaran di Eropah.

Menurut Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah, sebanyak 493 kebakaran memusnahkan rekod 307,000 hektar di Sepanyol tahun lalu.

Loading...
Terkini