comscore
Tumpuan :
Dunia

Lelaki tembak mati tiga wanita di Itali

FOTO : EPA

ROM: Seorang lelaki menembak mati tiga wanita serta mencederakan empat lagi mangsa di Itali, pada Ahad.

Pemimpin berhaluan kanan di Itali, Giorgia Meloni mendedahkan dalam catatan Facebook (FB) lewat Ahad, salah seorang mangsa adalah rakannya.

Suspek penyerang, Claudio Campi, 57, didakwa melepaskan tembakan ke arah pertemuan penduduk di bangunan pangsapurinya di daerah utara Rom, menggunakan pistol Glock yang dicuri.

Dalam catatan di blognya pada bulan November, suspek menulis mengenai hubungan konfliknya dengan orang yang menguruskan bangunan itu, yang dituduh cuba memaksanya keluar dari penginapannya.

Daripada tiga wanita yang meninggal dunia akibat kecederaan, seorang daripadanya adalah Nicoletta Golisano, 50, ibu kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, yang menghadiri mesyuarat itu sebagai bendahari.

Pembunuh itu bagaimanapun sudah ditangkap. – AFP

Loading...
Terkini