comscore
Tumpuan :
Dunia

Maghribi, Sepanyol, Portugal tuan rumah bersama Piala Dunia 2030

Penyokong Maghribi pada aksi suku akhir menentang Portugal di Piala Dunia Qatar 2022, tahun lalu. – FOTO FAIL REUTERS

RABAT : Selepas gagal dalam lima bidaan menjadi tuan rumah Piala Dunia sebelum ini, Maghribi akhirnya diberi penghormatan menganjurkannya bersama-sama Sepanyol dan Portugal pada 2030.

Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) membuat pengumuman mengejutkan itu setahun lebih awal berbanding dirancang.

Katanya, Uruguay, Argentina dan Paraguay juga akan menjadi tuan rumah satu perlawanan bagi meraikan ulang tahun ke-100 kejohanan.

Bidaan Maghribi untuk menjadi tuan rumah tunggal pada 1994, 1998 dan 2006, tidak berjaya.

Keputusan FIFA mengehadkan bidaan edisi 2010 kepada negara Afrika kemudian membuka peluang Maghribi, namun hak penganjuran diberikan kepada Afrika Selatan.

Maghribi mencuba lagi untuk 2026, tetapi tuan rumah diberikan kepada Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico.

Keputusan FIFA itu disambut baik pemerhati dan penganalisis di BeIN Sports, Muhammad Suhail.

“Kedudukan geografi yang baik antara tiga negara itu mempengaruhi keputusan penganjuran bersama dan kebelakangan ini, penganjuran bersama menjadi perkara biasa.

“Ia menandakan bola sepak membuatkan kita bersatu dan bukannya memisahkan kita,” katanya.

Loading...
Terkini