comscore
Tumpuan :
Dunia

Majlis hari jadi diadakan untuk ular berkepala dua di Missouri, AS

Foto: Missouri Department of Conservation

BRANSON (Missouri): Jabatan Pemuliharaan Missouri mengumumkan akan mengadakan majlis hari jadi keenam untuk satu daripada haiwannya yang jarang ditemui: seekor ular berkepala dua.

Ular tikus berkepala dua betina bernama Tiger-Lily, ditemui oleh sebuah keluarga di Stone County pada musim luruh 2017 dan didermakan kepada Pusat Pemuliharaan Shepherd of the Hills milik Jabatan Pemuliharaan.

Jabatan tersebut mengumumkan majlis hari jadi Tiger-Lily akan diadakan pada Sabtu di tempat letak kereta Scenic Overlook di Kawasan Pemuliharaan Ruth dan Paul Henning MDC di Branson, lapor Agensi Berita United Press International (UPI).

Pengurus Pusat Interpretasi MDC, Alison Bleich berkata Tiger-Lily kini mempunyai panjang hampir 5 kaki (1.5 meter).

Kedua-dua kepala reptilia itu yang dilihat ingin makan, tetapi hanya mempunyai satu esofagus, kata Bleich semasa pengumuman majlis hari jadi.

“Oleh itu kami meletakkan cawan kecil di atas satu kepala sementara yang lain makan, kemudian kedudukan cawan itu dialihkan. Jika tidak, kedua-duanya akan cuba merebut tikus yang sama”. -BERNAMA-UPI

Loading...
Terkini