comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah mula beroperasi untuk musim Haji

MAKKAH: Laluan kereta api elektrik Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah yang digunakan khas sewaktu musim ibadah Haji sudah mula beroperasi pada Ahad.

Kereta api itu yang membawa jemaah lokasi-lokasi utama ibadah haji bertujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya.

Tambahan lagi ia akan mengangkut jemaah Mina bagi mengerjakan ibadah melontar jamrah.

Foto: Reuters

Kereta api itu yang mampu memuatkan sekitar 360,000 penumpang dalam tempoh kurang enam jam dari Padang Arafah ke Muzdalifah dengan kapasiti 72,000 orang sejam untuk sehala.

Arab Saudi membuat persiapan untuk menyambut ketibaan sekitar 2.6 juta jemaah untuk musim haji tahun ini setelah menarik balik semua sekatan COVID-19 sejak 2019.

Loading...
Terkini