comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Sistem AI memudah, memanfaatkan jemaah haji tahun ini

ARAB SAUDI: Program pendigitalan dan kecerdasan buatan (AI) dalam beberapa perkhidmatan antara yang diperkenal buat julung kalinya untuk jemaah musim haji 1444 Hijrah.Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci sebelum ini mengumumkan pelancaran 185 program dan inisiatif yang dibentangkan semasa musim haji tahun ini di dua masjid suci di Makkah dan Madinah.

Program ini bertujuan melabur dalam AI, program pendigitalan dan memanfaatkan aplikasi elektronik dalam pelbagai bidang untuk melayani jemaah dan bercakap dengan mereka dalam bahasa asing untuk memudahkan ibadah haji mereka.

Foto: Reuters

Antara yang menarik termasuk bas pandu sendiri menggunakan AI, kamera dan penderia sekeliling untuk beroperasi tanpa manusia di sepanjang laluan yang ditetapkan bagi jemaah.

Setiap bas mempunyai 11 tempat duduk, beroperasi selama enam jam bagi setiap caj dan boleh mencapai kelajuan sehingga 30 kilometer sejam.

Sementara itu, seramai 1,626,500 jemaah haji tiba di Arab Saudi melalui pintu masuk udara, darat dan laut setakat Jumaat lalu.

Ini termasuk 240,137 jemaah yang mendapat manfaat daripada inisiatif Makkah Road. – AGENSI

Foto: Reuters
Loading...
Terkini