comscore
Tumpuan :
Dunia

Nahas Haneda: Bagaimana penumpang dan anak kapal selamatkan diri? 

FOTO: Reuters

JEPUN: Kesemua kru kapal dan pesawat Japan Airlines (JAL) yang terlibat nahas semalam menyifatkan situasi mereka sebagai satu keajaiban apabila berjaya menyelamatkan diri.

Kesemua 379 penumpang termasuk 8 kanak-kanak dan 12 anak kapal berdepan detik cemas, menyaksikan pesawat dinaiki terbakar serta-merta setelah melanggar sebuah pesawat maritim di landasan Lapangan Terbang Haneda.

Mereka turut berkongsi, ketika ruang kabin dipenuhi asap tebal kapten kapal JAL bertindak pantas menghentikan pesawat dan kemudian mengeluarkan gelongsor angin di bahagian hadapan.

Kapal itu tidak lama kemudian hangus dijilat api sepenuhnya, memusnahkan keseluruhan pesawat.

Pihak bomba Tokyo mengesahkan 14 penumpang mengalami kecederaan ringan dengan empat daripadanya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, lima daripada enam yang berada di dalam pesawat maritim terkorban dalam pelanggaran.

Satu-satunya mangsa yang terselamat, adalah kapten pesawat yang dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini