comscore
Tumpuan :
Dunia

New York, Singapura kini ‘bandar paling mahal didiami di dunia’

 

LONDON: Bandar New York, Amerika Syarikat dan Singapura berkongsi tangga teratas dalam senarai bandar paling mahal di dunia untuk didiami selepas inflasi meningkat tahun ini.

Menurut tinjauan Indeks Kos Sara Hidup Seluruh Dunia yang dikeluarkan oleh Unit Perisikan The Economist, EIU, kedua-dua bandar itu mengatasi Tel Aviv yang kini jatuh ke kedudukan ketiga.

FOTO: REUTERS – Singapura kini ‘bandar paling mahal didiami di dunia’.

Tinjauan terbabit mendedahkan kos sara hidup melambung tinggi akibat perang di Ukraine dan gangguan pada rantaian bekalan, khususnya bagi tenaga serta makanan selain sekatan akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, bandar Damsyik dan Tripoli kekal sebagai antara bandar paling murah untuk didiami, menurut tinjauan berkenaan.

Tinjauan oleh EIU dijalankan antara Ogos hingga September lalu membabitkan 172 bandar utama dunia. – SUMBER AFP

Loading...
Terkini