comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Paras air di selatan Thailand kritikal 

THAILAND: Paras air sungai di selatan Thailand dijangka kekal kritikal untuk beberapa hari akan datang.

Situasi bah di wilayah itu menimbulkan kebimbangan kerana lebih banyak hujan diramalkan di kebanyakan kawasan.

Pihak berkuasa tempatan dalam pada itu memantau tadahan hujan di Sukhirin dan Waeng yang terletak di Narathiwat yang sudah berdepan banyak kemusnahan termasuk ladang serta kediaman.

Sementara itu hujan lebat dijangka di Muang, Bannang Sata dan Krong Pinang di Yala serta beberapa lokasi di Pattani.

Penduduk yang terjejas banjir sudah dipindahkan dari kediaman mereka selepas mereka terpaksa memanjat ke bumbung rumah sambil menanti bantuan tiba.

Sehingga Rabu, empangan Bang Lang yang menyimpan sumber air utama di Sungai Pattani, Yala, telah mencapai tahap 85% kapasiti dan sudah tidak lagi mampu menadah lebih banyak air, tatkala hujan lebat masih berterusan.

Loading...
Terkini